Tech Neck: Masalah kesakitan tengkuk

Sepanjang MCO/PKP ni, ramai orang meluangkan masa di rumah. Jadi, bila punya masa lapang yang banyak, ramai yang menghabiskan masa dengan mengadap gajet seperti melayari media sosial dan bermain game.

Menurut info dari Public Health Malaysia,

Gejala Tech Neck berlaku apabila seseorang itu berada dalam posisi menunduk untuk melihat gadget mengakibatkan tengkuk menanggung beban berat sehingga 27kg!

Gejala ini akan mengakibatkan sakit/lenguh tengkuk, sakit/lenguh bahu, sakit kepala, sesak nafas, lenguh dan kebas tangan.

Komplikasi ini boleh menyebabkan anda mengalami Peripheral Nerve Disease, Herniated Disk dan degenerative disk.

Pastikan anda tidak menghabiskan masa berjam-jam dengan mengadap gadget dalam posisi menunduk.

Lakukan aktiviti senaman ringkas seperti regangan dan sentiasa berubah posisi kedudukan.

Leave a Reply

X