Tanda Awal “Mati Pucuk” DiKalangan Lelaki Dewasa

Perhatian kepada semua yang bergelar lelaki. Konten ini adalah tujuan untuk pendidikan. Sila baca sehingga habis.

Mati pucuk ini boleh terjadi kepada semua lelaki dewasa dimana zakar seseorang tidak lagi dapat menegang kerana terlibat dalam aktiviti seks.

Ramai selalu kaitkan mati pucuk ni sebagai lemah tenaga batin dan ia bersifat penyakit semulajadi yang boleh berlaku berkait dengan faktor sekeliling.

Jika kita melihat dari sudut sains, integrasi antara sistem saraf pusat, sistem saraf periferi, sistem pembuluh darah dan hormon akan menyebabkan ketegangan zakar lelaki dan sebarang perkara yang menyebabkan salah satu sistem ini tidak berfungsi secara normal akan memberi kesan terhadap zakar lelaki seperti masalah ereksi, orgasm atau ejakulasi.

Ini bukan mandul atau ketidakupayaan seseorang untuk memancutkan air mani atau berejakulasi. Berikut adalah tanda-tanda mati pucuk yang boleh dikesan pada fasa lebih awal.

1. Zakar mengalami kesukaran untuk menegang ketika melakukan hubungan seksual
2. Zakar mengalami kesukaran untuk mengekalkan ketegangan atau eraksi sehinggalah pada tahap selesai hubungan seksual
3. Zakar terlihat tidak mempunyai ketegangan yang ketara atau memuaskan
4. Tanda-tanda tersebut berlaku secara berterusan dalam tempoh selama 6 bulan
5. Emosi anda terganggu dengan tanda-tanda ini.

Jika umur anda dalam usia yang masih muda, terdapat faktor lain juga menjadi penyumbang kepada gejala mati pucuk.

1. Gangguan fikiran serta emosi. Jika anda selalu murung, gelisah dan stress yang terlampau ia boleh membantukan prestasi zakar anda.
2. Masalah saraf. Ini termasuklah kecederaan pada bahagian saraf tunjang, angin ahmar, strok, epilepsy, alzheimer dan slipped disc
3. Masalah salur darah dan penyakit kronik. Penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan kegagalan hati, penyakit buah pinggang, atherosclerosis dan kerosakan pembuluh darah daripada rawatan radioterapi dan kanser prostat.
4. Kecederaan pada zakar akibat aktiviti beronani.
5. Kekurangan dan ketidakstabilan hormon. Ini termasuklah kekurangan hormon testosteron, endorphin dan penyakit berkaitan tiroid.
6. Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, mengambil minuman beralkohol secara melebihi had.
7. Penyalahgunaan dadah. Ganja atau kokain melemahkan sistem saraf.
8. Faktor kesan mengambil ubat-ubatan. Antaranya seperti Amphetamines, Barbiturates, ubat jenis beta-blocker bagi tekanan darah tinggi, anti depresi dan anti psychotic.
9. Faktor peningkatan umur individu. Penyakit parkinson boleh mengurangkan hormon Dopamine.


Langkah terbaik untuk atasi masalah gejala mati pucuk ini adalahj berjumpa dengan doktor perubatan bertauliah terlebih dahulu untuk mengenalpasti gejala dan mendapatkan khidmat nasihat yang sepatutnya.

X