Penjagaan Sakit Belakang Badan

Definisi: Sakit belakang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang badan, biasanya di bahagian bawah belakang badan.

Sebab-sebab: Terdapat banyak sebab-sebab sakit belakang. 75% kes sakit belakang tidak dapat dipastikan punca sebenarnya. Manakala 25% kes ini berkemungkinan disebabkan oleh:

  • Otot
    • Otot tergeliat
    • Otot terkoyak disebabkan kecederaan sukan
    • Otot letih
  • Tulang
    • Ruas tulang belakang yang terkeluar atau pecah
    • Pecah tulang belakang
    • Tulang yang cacat
    • Kanse tulang
  • Lain-lain
    • Kedudukan badan yang tidak betul
    • Penyakit Radang Pelvik (Pelvic Inflammatory Disease, PID)
    • Pembesaran atau kanser dalam rongga pelvis
    • Penyakit batu karang
    • Psikologi
      • Berkaitan dengan stres

Tanda & Gejala

Bila perlu berjumpa doktor?

  • Rasa kebas di bahagian punggung, kaki, peha dan kaki.
  • Otot-otot kaki yang lemah atau lumpuh sepenuhnya
  • Rasa sakit yang merebak hingga ke kaki
  • Rasa sakit yang menusuk
  • Pergerakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian terbatas.
  • Apabila adanya gejala-gejala yang berkaitan seperti :-
    • Demam
    • Sakit di bahagian perut
    • Rasa sakit semasa membuang air kecil atau air besar.
    • Sakit kepala
  • Berkaitan dengan haid

Komplikasi

Bergantung kepada sebab dan puncanya, sakit belakang yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi :-

  • Lemah atau lumpuh otot-otot kaki
  • Kecacatan kekal
  • Kanser yang tidak dapat dikesan

Sekiranya sakit belakang berpunca daripada organ dalaman seperti PID atau sebarang organ dalaman yang berkaitan sakit puan, dan tidak dirawat, ini boleh mengakibatkan ketidaksuburan dan komplikasi lain.

Rawatan

Sakit belakang yang biasa boleh dihilangkan menerusi :

  • Rehat yang cukup
  • Regangan pada bahagian belakang
  • Fisioterapi
  • Menggunakan ubat sapu
  • Ubat penahan sakit

Rawat punca sebenar sakit belakang

Pencegahan

  • Amalkan postur (kedudukan badan) yang betul ketika duduk, berdiri dan mengangkat berat
  • Berehat untuk meregangkan belakang badan
  • Elakkan kecederaan pada bahagian belakang badan
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan yang berkala, seperti Pap Smear untuk mengesan Kanser Pangkal Rahim
  • Kekalkan berat badan unggul
  • Sekiranya anda telah menopos, dapatkan kalsium dan zat yang cukup untuk mencegah osteoporosis
  • Kekalkan cara hidup sihat

Pemulihan

Pemulihan melibatkan pengambilan ubat-ubatan seperti penahan sakit, fisioterapi (Pemulihan Anggota) dan Pemulihan Cara Kerja.

X