Microsleep dan Langkah Pencegahan

Microsleep merujuk kepada tempoh tidur yang berlangsung selama beberapa saat. Orang yang berada dalam keadaan ini mungkin terlelap tanpa menyedarinya. Ada yang mengalami situasi ini kerana baru selesai melakukan tugas penting dan terlalu penat bekerja. 

Ia boleh berlaku dimana sahaja, seperti di tempat kerja, sekolah atau sewaktu menonton televisyen.  Microsleep juga boleh berlaku ketika memandu atau mengoperasikan mesin, dimana keadaan ini akan membahayakan diri.

Microsleep boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara :

#1 Mengantuk disebabkan gangguan tidur atau insomnia

#2 Apnea atau tidur berdengkur yang menghalang tidur malam

#3 Narcolepsy atau rasa mengantuk yang melampau pada waktu siang sehingga mudah terlelap

Langkah Penyelesaian Microsleep

  1. Rutin Tidur

Cara untuk mengatasi dan merawat masalah microsleep adalah dengan dapatkan tidur yang cukup. Tidur merupakan satu rutin yang penting dilakukan dalam kehidupan. Jumlah yang diperuntukkan untuk mendapat tidur yang bagus bagi orang dewasa adalah antara 7 sehingga 8 jam sehari. Anda juga dinasihatkan agar tidak minum kafein sebelum tidur malam.

2. Semasa memandu

Berwaspada dan sentiasa menjaga keselamatan diri ketika memandu. Memandu hanya pada waktu anda betul-betul rasa segar. Sekiranya mula rasa mengantuk minta bantuan partner di sebelah untuk mengambil alih memandu bila perlu. Jangan paksa diri! Jika anda memandu berseorangan dengarkan muzik dengan tempo yang pantas dan ceria atau mainkan senarai lagu kegemaran anda.

3. Di tempat kerja

Semasa di tempat kerja, jangan mengendalikan mesin atau sebarang peralatan yang membahayakan sewaktu mengantuk. Ini boleh menyebabkan kemalangan atau kecederaan. Lakukan regangan setempat hanya dari kerusi pejabat anda. Gerakkan kepala ke kiri dan ke kanan, ke belakang dan ke hadapan. Seterusnya bangun dari kerusi dan regangkan kaki ke depan. 

X