Sebiji kurma banyak manfaatnya… Ini antara 6 kebaikan amalan memakan tamar

1. Sumber serat untuk melancarkan pencernaan

Kurma merupakan sumber serat yang baik untuk tubuh kita terutama bagi saluran pencernaan dan mencegah masalah sembelit. Kajian mendapati, individu yang makan tujuh biji kurma setiap hari akan membuang air besar secara teratur.

2. Mengawal gula dalam darah

Kurma mempunyai rasa manis dengan kandungan fruktosa yang baik untuk tubuh. Fruktosa merupakan jenis gula semula jadi pada buah.

Kandungan gula itu serta serat yang tinggi dalam kurma sangat bermanfaat untuk mengawal gula dalam darah. Serat mencegah kadar gula dalam darah melonjak terlalu tinggi selepas makan.

3. Kaya antioksidan

Kurma mengandungi antioksidan yang dapat mencegah pelbagai penyakit kronik. Fungsi antioksidan melindungi sel-sel dalam tubuh daripada radikal bebas.

Antioksidan yang terkandung dalam kurma dikenali sebagai flavonoid cukup baik untuk mengurangkan risiko diabetes, alzheimer dan kanser.

4. Meningkatkan kesihatan otak

Kajian menunjukkan kurma dapat mengurangkan inflamasi pada otak serta mengurangkan risiko penyakit seperti alzheimer serta pembentukan plak pada otak. Ia juga meningkatkan daya ingatan.

5. Menjaga kesihatan tulang

Bukan susu sahaja baik untuk tulang tapi begitu juga kurma! Ini kerana ia mengandungi mineral iaitu fostor, kalium, kalsium dan magnesium yang dapat mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis.

6. Mengatasi masalah seksual

Kurma juga baik untuk kesihatan seksual – kadar estradiol dan flavonoid pada kurma meningkatkan jumlah dan kualiti sperma kaum lelaki.

X