Minda Yang Cergas Bermula Dari Tubuh Badan Yang Sihat

KESEHATAN SELALU TAMPAK BERHARGA SETELAH KITA KEHILANGANNYA

-JONATHAN SWIFTS-

Definisi: Maksud tubuh badan yang sihat ini ialah ia bermula dari tubuh badan kita yang cergas dari segi mental mahupun fizikal. Selain itu, ianya juga memberi makna dimana ia terlihat dari segi aspek fizikal yang tiada cacat cela dan fizikal kesehatan yang sihat dan mampu untuk melakukan kerja seharian dengan baik dan semangat.

Tips/ Cara-Cara Menjaga Kesihatan Dengan Betul:

  1. Tidur Awal

-Kita semua sedia maklum bahawa tidur awal sangat baik untuk kesihatan. Kerana itu adalah masa untuk otak dan badan berehat sepenuhnya. Dalam masa yang sama juga, tidur juga merupakan waktu yang sangat berkesan untuk membaik boleh badan kita.

2. Bersarapan Pagi

-Walaupun kita bangun lambat dan tergesa-gesa, jangan lupa untuk mengambil sarapan pagi. Ianya sangat penting untuk badan kita. Kebiasaannya, orang yang tidak bersarapan ini mereka akan berasa sangat lapar pada tengahari dan malam.

3. Senaman

-Sebenarnya tiada alasan untuk anda tidak bersenam. Senaman boleh dilakukan dimana-mana sahaja, Di rumah juga boleh. Ambil masa paling kurang hanya 30 minit di siang hari. Asalkan badan anda mengeluarkan peluh dan membakar peluh dan membakar kalori yang terkumpul di badan.

4. Jaga Pemakanan

-Tidak semua suka makan sayur-sayuran akan tetapi semua sedia maklum bahawa sayur-sayuran merupakan makanan paling mudah untuk kurus. dan sihat. Selalunya sesiapa yang mempunyai keinginan untuk kurus, mereka akan mulakan dengan mengubah cara pemakanan dan sayur menjadi makanan yang wajib makan.

Cara RasulAllah menjaga kesihatan diri dan hidup dalam keadaan yang sihat:

  1. Bangun sebelum subuh
  2. Aktif menjaga kebersihan
  3. Tidak pernah makan berlebihan
  4. Gemar berjalan kaki
  5. Tidak pemarah
  6. Optimis & Tidak mudah putus asa
  7. Tidak iri hati
  8. Pemaaf
X