Adakah rutin harian juga merangkumi kepada senaman harian kita?

Senaman Senaman ialah aktiviti fizikal yang lebih tinggi daripada aktiviti harian. Tujuannya adalah untuk mendapatkan manfaat kesihatan baik dari segi fizikal dan juga mental. Senaman boleh menjadi tabiat jika kita memilih aktiviti yang kita seronok untuk melakukannya. Setiap orang mempunyai jenis senaman kesukaan yang berbeza seperti berjalan, berlari, mendaki, mengikuti kelas kecergasan atau menggunakan mesin larian treadmill dan sebagainya. Walau bagaimanapun, senaman tetap harus dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggi bagi mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan kita.

Kebaikan- Kebaikan Senaman:

  1. Meningkatkan kecergasan fizikal
  2. Memperbaiki keseimbangan, koordinasi dan ketangkasan
  3. Meningkatkan kualiti tidur
  4. Mempertingkatkan keyakinan diri dan mengurangkan keresahan
  5. Mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes
  6. Mengekalkan berat badan ideal

Contoh-Contoh Senaman yang Boleh dilakukan:

  1. Aktiviti fizikal yang boleh dilakukan ketika umur 5 hingga 17 tahun:

-(bermain/ beriadah/ bersukan/ mengemas rumah/ berekriasi di rumah, sekolah atau taman)

-(Melakukan sekurang-kurangnya 60 minit aktiviti fizikal tahap sederhana atau tahap tinggi setiap hari)

2. Aktiviti fizikal yang boleh dilakukan ketika umur 18 hingga 64 tahun:

-(membasuh kereta/ berkebun/ berjalan kaki/ berbasikal/ mengemas rumah)

-(Melakukan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti fizikal tahap sederhana seminggu atau sekurang-kurangnya 75 minit aktiviti fizikal tahap tinggi sepanjang minggu dengan kombinasi aktiviti fizikal tahap tinggi dan sederhana)

GAMBAR RAJAH: BERBASIKAL
GAMBAR RAJAH: BERJALAN KAKI
X