7 Buah Yang Membantu Menurunkan Tekanan Darah

Pernah atau tidak pada satu masa anda teringin makan makanan manis yang pastinya anda tahu makanan tersebut tidak baik untuk kesihatan diri. Tindakan sebegitu sememangnya boleh memberi kesan yang buruk pada diri kita pada jangka masa yang panjang. Tahukah anda makanan manis yang anda boleh makan tanpa had adalah buah-buahan. Beberapa jenis buah-buahan ini juga boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan risiko penyakit jantung pada masa yang sama.

#1 Pisang

Pisang adalah buah-buahan dengan rendah lemak tepu, kolesterol dan sodium (1mg). Ianya sangat tinggi dengan kalium (422mg). Menurut NHANES III (Third National Health and Nutrion Examination Survey), pengambilan diet kalium yang lebih tinggi dikaitkan dengan tekanan darah yang lebih rendah secara signifikan. Pisang juga sumber yang bagus dalam pemakanan serat, manganese dan vitamin C dan B-6. Ianya hampir setiap masa bermusim. Walaubagaimanapun, sebilangan pesakit mungkin perlu berhati-hati dengan kalium bagi mereka yang mengalami penyakit buah pinggang.

#2 Aprikot

Aprikot merupakan sumber vitamin A dan vitamin C yang baik. Vitamin C adalah vitamin yang bagus untuk jantung dan membantu melindungi kerosakan arteri, menurut Universiti of Maryland Medical Center. Aprikot juga kaya dengan banyak antioksidan tumbuhan seperti flavanoid. Aprikot juga biasa dikaitkan dengan pengurangan masalah penyakit jantung. Masa terbaik untuk dapatkan buah sedap ini adalah pada musim panas antara bulan Mei dan Ogos.

#3 Avocado

Avakoda merupakan kategori buah-buahan. Ia mengandungi vitamin A, B, C, D dan K dan sangat bagus untuk meningkatkan kesihatan jantung. Asid lemak omega dan asid oleik boleh didapati pada avocado. Tahap homosistein yang tinggi juga mungkin menjadi faktor risiko utama penyakit jantung. Avakado membantu menurunkan kadar jumlah vitamib B-6 dan asid folik yang banyak. Avakado juga rendah kolesterol, sumber serat makanan yang baik, mengandungi 727mg kalium dan hanya 10.5mg natrium. Avocado tumbuh bermusim kerana ia tumbuh subur di iklim yang panas.

#4 Prun

Prun adalah sumber yang kaya dengan seratyang mengandungi kira-kira 1274mg dan hampir tidak ada sodium. Prun juga merupakan sumber kalium, tembaga, magnesium, da vitamin A dan K. Prun adalah buah plum kering dan mudah dijumpai sepanjang tahun.

#5 Oren

Buah sitrus seperti oren terkenal dengan kandungan vitamin C yang tinggi. Oren terdiri daripada 326mg kalium dan tidak mengandungi natrium. Buah oren mungkin merupakan salah satu buah yang berkesan membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Buah oren bermusim dari bulan Disember hingga Mac.

#6 Strawberi

Strawberi juga mengandungi antioksidan dan vitamin C yang tinggi. Ia mampu memberikan sokongan kardiovaskular yang hebat. Mereka sangat rendah natrium, kolesterol, dan lemak tepu.

#7 Blueberi

Blueberi adalah sumber vitamin C dan K dan mangan yang hebat. Ia membantu mencegah arteri tersumbat. Blueberi juga membantu menyingkirkan radikal bebas berbahaya dari oksigen yang melindungi tubuh daripada penyakit dan banyak lagi. Musim beri berbeza-beza di seluruh dunia, tetapi rasanya paling enak pada waktu musim panas.

X