Adakah Penyakit Jantung Punca Kaki Bengkak?


Salah satu tanda mereka yang ada masalah sakit jantung ialah kaki menjadi bengkak. Antara fungsi jantung adalah untuk mengepam air yang berlebihan keluar dari badan melalui buah pinggang dan jika fungsi jantung tidak berada di tahap yang optimum, badan pesakit mungkin akan menahan air yang berlebihan dan ini menyebabkan bengkak pada kedua-dua belah kaki.

Jantung yang lemah juga boleh menyebabkan seseorang merasa cepat penat dan tercungap-cungap. Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan yang lebih lanjut untuk mengetahui tahap prestasi jantung anda dan juga untuk mendapat ubat yang boleh mengurangkan kaki bengkak.

Namun begitu, kaki menjadi bengkak juga boleh disebabkan perkara-perkara yang lain.

X