7 Herba Terbaik Untuk Tenaga Dalaman Lelaki

#1 Ubi Jaga

Herba ini tumbuh memanjat di kawasan hutan. Ia juga sangat terkenal dalam kalangan masyarakat orang asli dan dipanggil sebagai kerating, itah besi, akar ding, atau akar dawai kerana akarnya yang keras seperti dawai. Bahagian yang biasa digunakan ialah ubinya yang diproses menjadi atrbuk untuk kegunaan membuat minuman kesihatan seperti jamu dan ubat-ubatan lain.

#2 Lada Hitam

Lada hitam boleh memanaskan badan dan melancarkan peredaran darah. Oleh kerana itulah ia dijadikan petua untuk menambah tenaga lelaki. Ini kerana minyak lada sulah dijadikan minyak urut untuk merangsang seks seterusnya menguatkan otot-otot dalaman. Ia dikatakan baik untuk membuang angin dan boleh menguatkan otot pinggang sekali bagi tujuan tenaga batin lelaki. 

#3 Jintan Hitam

Pengambilan jintan hitam adalah salah satu langkah bagi membantu kaum lelaki yang menghadapi masalah tenaga batin. Cara penyediaannya ialah dengan :

  • Jerang segelas susu segar sehingga mendidih.
  • Campurkan dengan satu sudu kecil jintan hitam dan satu sudu besar madu
  • Minum ketika air masih suam sebelum melakukan hubungan intim

Ada juga yang mengamalkan 7 biji jintan hitam pada setiap hari untuk menjaga kesihatan. Air rebusannya juga mujarab untuk menghilangkan sengal-sengal tulang, sakit kepala serta  memulihkan kesihatan bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak.

#4 Seleri

Khasiat herba ini mula dikenali sejak zaman kegemilangan Rom dan Arab kerana keberkesanannya dalam membersihkan darah serta meningkatkan daya ketahanan seks terutama kaum lelaki. Cara penggunaanya sangat mudah, seleri sedap dimakan mentah-mentah dan di dalam sup. Di zaman Rom pula mereka menggunakan jintan manis, halia, herba inggeris thyme dan seleri untuk dicampurkan ke dalam masakan bagi tujuan menambahkan kekuatan seks lelaki.

#5 Lengkuas

Lengkuas juga membantu para lelaki mengalami masalah tenaga batin. Bagi menambah rangsangan nafsu dan kekuatan batin, anda bolehlah mengambil 4-5cm lengkuas setiap pagi, dengan izin Tuhan kaum lelaki yang mempunyai masalah tenaga batin dapat mengatasi konflik besar yang dialami oleh mereka.

#6 Mengkudu

Pokok ini tumbuh di kawasan hutan atau boleh juga ditanam di kawasan rumah dengan ketinggian kira-kira 8 meter. Daunnya direbus terlebih dahulu untuk dibuat ulam yang amat mujarab untuk mengatasi masalah lemah tenaga batin atau ejakulasi terlalu awal. Buahnya juga diproses untuk membuat jus atau tonik untuk mengembalikan kekuatan benih serta menghentikan pengeluaran cecair busuk dari alat sulit.

#7 Tongkat Ali

Keberkesanannya sebagai perangsang syahwat tidak boleh lagi dipertikaikan terutama kaum lelaki. Herba banyak terdapat di kawasan hutan di seluruh Malaysia, Borneo dan Sumatera. Akar pokok tongkat ali diproses menjadi bentuk serbuk untuk kegunaan membuat ubat-ubatan dan minuman. Herba ini berfungsi melancarkan peredaran darah dalam badan. Komponen aktif dalam ekstrak tongkat ali merangsang pengeluaran hormon testosteron sekali gus meningkatkan aktiviti seksual.

X