10 Tanda-Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang

Penyakit Buah Pinggang merupakan sebuah penyakit yang amat ditakuti ramai, ianya kerana kehidupan seharian kita juga bergantung kepada pinggang yang sedia ada dalam diri kita ini. Di dalam diri kita terdapat 2 buah pinggang yang membantu seseorang dalam kehidupan seharian mereka, bahkan jikalau seseorang itu hilang salah satu daripada buah pinggang mereka kehidupan mereka akan berubah juga. Hal ini kerana, kehidupan seharian kita sangat bergantung kepada kedua-dua buah pinggang kita, jikalau salah satu daripadanya tiada, segala tindakan kita akan menjadi terhad dan terbatas.

Tanda-Tanda Awal Sakit Buah Pinggang:

  1. Cepat/ Mudah letih

-Penurunan yang kronik dalam fungsi buah pinggang cenderung membawa kepada pembentukan toksin dan kekotoran dalam darah – punca cepat letih, lemah dan sukar fokus.

2. Berasa sejuk walau di dalam bilik panas

Anemia menyebabkan anda berasa sejuk sepanjang masa walaupun dalam bilik yang panas atau ketika individu lain merasa panas

3. Sukar tidur

Apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan betul, toksin berkemungkinan akan kekal dalam darah dan tidak keluar dari badan melalui air kencing. Ini boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur.

4. Sesak nafas dengan pergerakan

Keadaan ini boleh dikaitkan dengan pertambahan cecair dalam badan yang terhasil dalam paru-paru, atau ia boleh disebabkan oleh masalah anemia – kekurangan oksigen yang membawa sel darah merah – menyebabkan badan anda kekurangan oksigen dan pendek nafas.

5. Kulit kering dan gatal

Ia berperanan untuk membuang bahan buangan dan lebihan cecair dari badan, membantu menghasilkan sel darah merah, membantu mengekalkan tulang yang kuat dan berfungsi mengekalkan jumlah mineral yang betul dalam darah.

6. Kerap kencing

Anda akan kerap kencing berbanding sebelum ini. Jika perubahan ini berlaku, terutama pada waktu malam, ini merupakan antara tanda penyakit buah pinggang.

7. Bengkak

Kegagalan buah pinggang untuk berfungsi akan menyebabkan air yang berlebihan tidak dapat disingkirkan dari badan menyebabkan kaki, pergelangan kaki, atau tangan menjadi bengkak.

8. Kencing berdarah

Buah pinggang berfungsi untuk menghasilkan air kencing. Buah pinggang yang sihat akan menyimpan sel darah dalam tubuh apabila menapis sisa dari darah untuk menghasilkan air kencing.

9. Kencing berbuih

Anda mungkin menyedari bahawa air kencing anda kelihatan berbuih kerana mengandungi protein – seperti buih apabila anda mengacau telur mentah – kerana protein yang terdapat dalam telur adalah protein yang sama terdapat dalam air kencing, albumin

10. Terasa logam pada lidah

Pembentukan sisa darah yang disebut sebagai uremia boleh menyebabkan perubahan dalam rasa makanan serta menjadi punca kepada nafas berbau.

Kesimpulannya: Sebagai masyarakat prihatin kita hendaklah mengambil langkah berjaga atau langkagh-langkah awal, jika kita melihat masyarakat lain atau diri sendiri yang merasa ada tanda-tanda awal penyakit buah pinggan ini, hendaklah mengambil insiatif untuk merawat dan melawan penyakit ini.

X