Selamat Tahun Baru 2021

Alhamdulillah, kita telah pun masuk ke tahun baru 2021. Kami di Emorra ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pelawat dan pelanggan di laman web ini.

Semoga tahun 2021 ini kita dapat menempuh norma baru dalam kehidupan. Mula mengamalkan aktiviti-aktiviti yang mengutamakan kebersihan, kesihatan dan keselamatan diri.

Sentiasa basuh tangan, pakai topeng muka bila berada di tempat keramaian dan jaga jarak sosial setiap kali berada di dalam kelompok orang ramai.

Untuk anda yang ingin mendapatkan produk-produk kami, dicadangkan anda buat urusan pembelian secara dalam talian untuk menjamin keselesaan anda semasa membeli belah.

Kami akan pastikan setiap pesanan anda diproses, dibungkus dan dihantar dalam keadaan selamat.

Kami juga mendoakan semua pelanggan kami dapat menikmati kesihatan yang baik berpanjangan dengan mengamalkan produk-produk edaran dari syarikat Emorra.

Sekali lagi, dari pihak pengurusan,

SELAMAT TAHUN BARU 2021!

X