Petua Mujarab Meredakan Demam Dengan Cepat

Definisi : Demam merupakan penyakit dimana ia dapat dikesan melalui peningkatan suhu normal kepada suhu yang meningkat iaitu kepada suhu 38.1 darjah. Suhu normal bagi manusia ialah 37.9 dan ke bawah, manakala suhu 38.1 dan ke atas merupakan suhu yang tidak normal bagi manusia kerana ia menunjukkan seseorang itu sedang mengalami demam.

Gejala/ Tanda-Tanda Awal Demam:

  1. Suhu badan meningkat
  2. Seluruh badan terasa sakit
  3. Gementar
  4. Lesu/ tidak bermaya
  5. Kejang-kejang seluruh badan

Punca/ Sebab-sebab berlakunya demam:

  1. Penyakit flu atau lebih dikenali dengan selsema
  2. Cacar
  3. Pneumia
  4. Denggi

Petua meredakan Demam Dewasa secara (Saintifik)

  1. Banyakkan minum air kosong/ mineral
  2. Sapukan badan dengan air basah
  3. Jangan berselimut
  4. Air garam
  5. Banyakkan pengambilan buah-buahan

Petua meredakan Demam secara (Tradisional)

  1. Minum teh herba atau halia
  2. Air kelapa muda
  3. Asam jawa
  4. Makanan pedas

Petua meredakan Demam Kanak-kanak secara (Tradisional)

  1. Bunga raya
  • Lendiran yang ada pada kelopak bunga kebangsaan ini dikatakan mampu untuk mengurangkan demam pada kanak-kanak.

2. Bawang putih

  • Bakar sedikit bawang putih bersama dengan kulitnya. Kemudian ketuk sedikit supaya bawang merekah dan campurkan dengan minyak bayi.

3. Halia

  • Masukkan hirisan halia yang halus-halus ke dalam minuman botol susu mereka supaya mereka minum minuman susu itu beserta dengan campuran halia tersebut. Hal ini kerana bagi mengelakkan mereka melihat hirisan halia tersebut di dalam minuman mereka.

X