Bagaimana Mengurangkan Kolesterol Dalam Badan

APA ITU KOLESTEROL ?

Kolesterol merupakan sejenis lemak dalam badan manusia. Bahan ini mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri. Kebiasaannya, ramai rakyat Malaysia bimbang dengan masalah kolesterol tinggi dalam badan kerana implikasinya menjadi salah satu punca kepada pelbagai jenis penyakit lain yang berbahaya.

Terdapat dua jenis kolesterol dalam badan kita yang anda perlu tahu iaitu :

i) Low Density Lipoprotein ( LDL )

Kolesterol ini merupakan kolesterol yang tidak baik untuk kesihatan. Ia juga dikenali dengan ‘bad cholesterol’.

ii) High Density Lipoprotein ( HDL) Sementara itu High Density Lipoprotein merupakan kolesterol baik dalam badan. Ia dikenali dengan ‘good cholesterol’.

1. Hentikan tabiat makanan yang mengandungi lemak dan berminyak.

Sebagaimana yang kita ketahui, makanan segera sememangnya lazat dan mendapat tempat di hati setiap individu sebagai makanan kegemaran. Ini kerana makanan sebegini mudah disediakan hanya dengan membuat pesanan dan sedia dimakan. Makanan yang tidak sihat ini mengandungi lemak dan terdapat minyak yang berlebihan. Perkara ini sekaligus menyebabkan kolesterol jahat (LDL) dalam badan meningkat dengan mendadak.

2. Hentikan tabiat merokok dan minuman beralkohol

Selain itu, pengambilan alkohol yang berlebihan dan merokok mendatangkan bahaya untuk kesihatan dan menjadi salah satu faktor peningkatan tahap kolesterol dalam badan. Ia juga menjejaskan saluran darah dan menurunkan kolesterol baik (HDL). Hal ini boleh mengakibatkan pelbagai masalah yang kronik seperti penyakit koronari arteri ataupun risiko serangan jantung.

3. Amalkan pemakanan yang seimbang dengan vitamin dan mineral yang tinggi.

Makanan seimbang sangat penting untuk kesihatan badan. Anda perlu mengekalkan berat badan yang ideal dengan mengamalkan makanan yang seimbang. Jika tidak menitikberatkan setiap  pengambilan makanan yang dimakan, sudah tentu tubuh badan kita tidak akan kekal sihat apabila masuk ke pertengahan usia. Ini kerana kurangnya zat vitamin dan mineral dalam badan seperti yang patut dimiliki oleh setiap individu. 

4. Melakukan aktiviti senaman dengan lebih kerap.

Lakukan aktiviti senaman sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 5 kali seminggu ataupun aktiviti yang berintensiti tinggi selama 20 minit 3 kali seminggu seperti push upsquat dan mountain climb. Antara contoh aktiviti senaman yang lain yang boleh anda lakukan ialah berbasikal, berjalan laju dan berenang.

5. Disiplin dalam mengambil ubat yang disarankan oleh doktor.

Bagi mengurangkan kolesterol dalam badan anda perlu konsisten mengambil ubat seperti mana yang diberi dan disarankan oleh doktor sewaktu temu janji. Ini kerana doktor lebih mengetahui tahap kesihatan anda dan mereka berusaha untuk membantu anda mengurangkan masalah kolesterol yang mungkin membahayakan diri anda. Jadi jangan sesekali skip jadual makan ubat anda okay.

Masalah kolesterol juga dapat diselesaikan dengan Fenugreek Juice Drink! Cara pengambilannya sangat mudah dan cepat, anda hanya perlu koyakkan satu sachet Fenugreek Juice Drink dan minum! Ia dapat mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Membaiki paras kolesterol dan fungsi otak serta anti-kanser. Mengurangkan paras gula dalam darah. Membantu masalah tulang dan diabetes. Banyak lagi kebaikan yang ada pada Fenugreek Juice Drink ni tau. Jom cuba Fenugreek Juice Drink sekarang !

X