Apa itu erti sakit belakang?

Definisi: Sakit belakang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang badan, biasanya di bahagian bawah belakang badan.

Punca-punca/ Penyebab Sakit Belakang:

  1. Otot-otot

-(oto tergeliat/ otot terkoyak/ otot letih)

2. Tulang

-(ruas tulang belakang yang terkeluar atau pecah/ pecah tulang belakang tulang yang cacat/ kanser tulang)

3. Lain-lain

-(kedudukan badan yang tidak betul/ penyakit radang pelvik (Pelvic Inflammatory Disease, PID)/ pembesaran atau kanser dalam rongga pelvis/ penyakit batu karang)

Rawatan

Sakit belakang yang biasa boleh dihilangkan menerusi :

  • Rehat yang cukup
  • Regangan pada bahagian belakang
  • Fisioterapi
  • Menggunakan ubat sapu
  • Ubat penahan sakit

Rawat punca sebenar sakit belakang

Pencegahan

  • Amalkan postur (kedudukan badan) yang betul ketika duduk, berdiri dan mengangkat berat
  • Berehat untuk meregangkan belakang badan
  • Elakkan kecederaan pada bahagian belakang badan
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan yang berkala, seperti Pap Smear untuk mengesan Kanser Pangkal Rahim
  • Kekalkan berat badan unggul
  • Sekiranya anda telah menopos, dapatkan kalsium dan zat yang cukup untuk mencegah osteoporosis
  • Kekalkan cara hidup sihat

Apa itu STROKE?

October 8, 2021
Previous Post
X